Wednesday, May 02, 2007

Indahnya anugerah Allah..

Assalamualaikum warahmatullah..

kaifahalukum... ana harap semuanya sihat wal afiat...
Alhamdulillah syukur dgn anugerah Allah yg selama ini kita jarang syukuri.. bersyukurlah kepada sesiapa yg masih mempunyai abi dan ummi.. kepada yg telah kembali ke rahmatullah, perbanyakkan lah sedekah al-fatihah buat mereka.. bg yg masih hidup pun kita boleh sedekahkan.. jgn tunggu mereka tiada baru la nak sedekah al fatihah..

Ana bersyukur dipertemukan dengan sebuah keluarga Islam yg harmoni.. seronok dpt kenal Nabila, Adibah dan terutama skali Zayyan.. ;) setiap pertemuan dan aturan pasti ada hikmah..

Ya Allah aku bersyukur engkau menganugerah kan keluarga ini sebagai kenangan terindah dalam hidupku.. kurniakanlah kami kesudahan yang terbaik menurut pandanganMU..

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati (ustaz, kak nora, ana, nabila, adibah dan zayyan comel) ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban da'wah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat menyokong syari'atMu, maka eratkahlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.Tunjukkanlah hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar)..Penuhkahlah pialahati ini dengan cahaya Robbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikahlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sndaran dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para Sahabat Baginda semuanya.. Amin..

*Alangkah indahnya ukhuwwah andai bertemu dan berpisah kerana ALLAH*

No comments: